FAQ

FAQ

FAQ

FAEDAH DAN MANFAAT MENJADI SEORANG AHLI PERSEKUTUAN.

Seseorang ahli itu berhak menerima faedah kematian untuk dirinya, isterinya, ibu bapa kandungnya dan anak-anaknya yang dibawah umur 21 tahun dan yang belum berumahtangga. Faedah kematiannya adalah seperti berikut:-

Atas Kematian:AhliIsteri / Suami AhliIbu / Bapa Kandung AhliAnak Ahli
Bayaran Faedah Kematian:$1,000$1,000$400$350

Sekiranya ahli yang meninggal tetapi waris tidak menggunakan perkhidmatan pengurusan jenazah Persekutuan, maka mereka tidak berhak menuntut sebarang habuan Pengurusan Jenazah dari Persekutuan:- Seperti dipersetujui sebulat suara oleh ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung Persekutuan pada tanggal 4hb November 2023.

Perlu diketahui bahawa seseorang ahli itu hanya berhak mendapat faedah kematian setelah menjadi ahli Persekutuan selama 3 bulan, sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan dan Undang-undang Persekutuan.

Sekiranya ahli yang meninggal tetapi waris tidak menggunakan perkhidmatan pengurusan jenazah Persekutuan, maka mereka tidak berhak menuntut sebarang habuan Pengurusan Jenazah dari Persekutuan:- Seperti dipersetujui sebulat suara oleh ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung Persekutuan pada tanggal 4hb November 2023.

Seseorang ahli itu berhak memohon dermasiswa untuk anak-anak mereka setelah menjadi ahli selama dua tahun. Jumlah wang bantuan dermasiswa akan ditentukan oleh ahli Jawatankuasa.

  • Pemohon mestilah warga negara Singapura atau penduduk tetap Singapura, beragama Islam dan berusia diantara 21 hingga 60 tahun.
  • Pemohon diperlukan mengisi borang yang boleh didapati di pejabat Persekutuan dan dikenakan membayar wang pendaftaran sebanyak $30/-.
  • Pemohon hendaklah melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan sepert salinan fotokopi kad pengenalan, sijil nikah dan surat kelahiran anak-anak.

Daftar Ahli Sekarang

Kadar yuran buat masa terkini ialah sebanyak $10/- sebulan.

Kami juga menerima pembayaran Yuran online dengan menggunakan kad kredit/debit atau PayNow. Untuk pembayaran online, sila klik link di bawah:

Yuran Online

Bayaran dengan cek boleh dibuat juga melalui kiriman pos. Penerima cek harus dituliskan secara penuh seperti berikut:

Persekutuan Kebajikan Islam Telok Kurau, Singapura

Persekutuan ada juga memberi khidmat kutipan yuran ke rumah, tetapi ini khusus untuk ahli-ahli yang sakit dan tak berkeupayaan.

KHIDMAT URUSAN PENGEBUMIAN JENAZAH

Semua ahli-ahli dan tanggungan mereka dan semua kaum muslimin muslimat yang belum menjadi ahli Persekutuan boleh mendapatkan khidmat urusan jenazah yang disediakan oleh Persekutuan.

Sila hubungi Persekutuan di talian 67417144 khidmat 24 jam setiap hari. Waris atau pemanggil hendaklah memberitahu nama penuhnya dan nombor talipon, nama arwah yang meninggal, dimana dia meninggal dan alamat rumah dimana jenazahnya hendak diuruskan.

Constitution & Regulations

An organisation established on 26th January 1941 and duly registered on 26th July 1961 as S61MB0049L under the Mutual Benefit Organisations Act 1960 and regulated thereunder.

Persekutuan Kebajikan Islam Telok Kurau, Singapura - Pengurusan Jenazah dan Khairat Kematian
ms_MYMalay