Derma @ PTKS

Derma @ PTKS

Derma @ PTKS

Persekutuan Kebajikan Islam Telok Kurau (PTKS) bukan sahaja membantu ahli....

Malah dalam rangka kami mengurus jenazah banyak yang kami lihat keluarga yang dalam kesusahan.

Persekutuan Kebajikan Islam Telok Kurau (PTKS) mengambil langkah untuk membantu mereka dengan menjadikan mereka antara klien yang mendapat kan bantuan makanan bulanan dari pihak kami.

Kami sentiasa berkomited dan berusaha untuk membantu mereka yang memerlukan sama ada dari ahli kami ataupun masyarakat umum. Kami sentiasa mengalukan derma dan bantuan dari masyarakat agar kamu dapat mempertingkatkan lagi mutu dan juga perkhidmatan yang sedia ada.

Dana yang terkumpul ini bukan sahaja akan dapat membantu tetapi meringankan beban mereka yang kehilangan ahli keluarga terutama sekali sekiranya yang meninggal itu adalah pencari nafkah tunggal.

Besar harapan kami agar anda memberi sokongan dengan menderma ke Persekutuan Kebajikan Islam Telok Kurau dengan seikhlasnya yntuk meringankan beban mereka yang memerlukan.

Ilmu merupakan tunggak segala kejayaan.

Ayat yang pertama turun juga merupakan “Iqra” Bacalah, ini jelas menunjukkan berapa pentingnya Pendidikan di dalam Islam.

Kepentingan menuntut ilmu sangat kami di PTKS menitik berat kan. Kami bukan sahaja memberi khidmat untuk yang telah meninggal dunia malah kami tidak lupa dengan mereka yang sedang berusaha untuk mencapai kejayaan demi untuk menjadi insan yang Berjaya di dunia dan di Akhirat.

Setiap tahun kami memberikan Dermasiswa dan setiap tahun angka mereka yang datang untuk mendaftar kan diri untuk mendapatnya sentiasa meningkat.

Mulanya kami lihat dermasiswa ini sebagai satu nilai tambah dalam khidmat yang sedia ada, saban tahun ia menjadi suatu yang kami rasa keperluan untuk membantu mereka yang ingin menuju ke Menara gading.

Kami harapkan sokongan yang jitu dari masyarakat untuk menyokong dan tidak menghampakan mereka yang ingin menuntut ilmu.

Kami semua sedia maklum pembiayaan pembelajaran sentiasa meningkat ayuh sama-sama saling bantu dan menyokong usaha mereka dengan menderma sekarang.

Persekutuan Kebajikan Islam Telok Kurau, Singapura - Pengurusan Jenazah dan Khairat Kematian
ms_MYMalay