Berdaftar dibawah Akta Mutual Benefit Organisation (MBO) Bab 191 nombor Daftar, UEN: S61MB0049L
PERSEKUTUAN KEBAJIKAN ISLAM TELOK KURAU SINGAPURA yang dahulunya dikenali dengan nama PERSEKUTUAN KHAIRAT KEMATIAN ORANG-ORANG ISLAM TELOK KURAU SINGAPURA, ditubuhkan pada tahun 1941 dan pada mulanya bertujuan untuk memberi khidmat dan bantuan khusus kepada kaum muslimin muslimat yang tinggal di kawasan Telok Kurau dan di daerah-daerah yang berdekatan sekiranya berlaku kematian dalam keluarga penduduk-penduduk daerah tersebut.
Sejarah Kami
Aktiviti Persekutuan ini tergendala sebentar disebabkan berlakunya Perang Dunia Kedua, dimana Singapura dijajah oleh Tentera Imperial Jepun.
Mereka tidak menggalakkan pertubuhan- pertubuhan beroperasi kerana dikhuatiri ianya akan menjadi dalang untuk menentang pentadbiran Tentera Imperial Jepun pada masa itu.
Setelah Perang Dunia Kedua tamat pada hujung tahun 1945, Tentera Imperial Jepun meninggalkan Singapura dan setelah Singapura diambil alih oleh pihak penjajah British pada tahun 1946, Persekutuan ini meneruskan akitiviti yang tergendala kerana Perang Dunia Kedua.
Kali ini Persekutuan membuka keahlian kepada semua kaum muslimin muslimat di seluruh Singapura.
Jumlah Pendaftaran Terkini
Hingga ke saat ini, sudah terdapat lebih dari 18,000 pendaftaran untuk menjadi ahli Persekutuan ini. Persekutuan ini ditadbir oleh 17 orang anggota ahli Jawatankuasa yang dilantik dua tahun sekali di Mesyuarat Agung Tahunan Persekutuan ini.
Constitution & Regulations
An organisation established on 26th January 1941 and duly registered on 26th July 1961 as S61MB0049L under the Mutual Benefit Organisations Act 1960 and regulated thereunder.