Jadi Ahli

Jadi Ahli

Jadi Ahli

Sebagai seorang Ahli Persekutuan Kebajikan Islam Telok Kurau, Singapura, anda akan dapat meraikan:

Skim Khairat Kematian Telok Kurau yang telus diasaskan dari tahun 1941.

Seseorang ahli itu berhak menerima faedah kematian untuk dirinya, isterinya, ibu bapa kandungnya dan anak-anaknya yang dibawah umur 21 tahun dan yang belum berumahtangga. Faedah kematiannya adalah seperti berikut:-

Atas Kematian:AhliIsteri / Suami AhliIbu / Bapa Kandung AhliAnak Ahli
Bayaran Faedah Kematian:$1,000$1,000$400$350

Sekiranya ahli yang meninggal tetapi waris tidak menggunakan perkhidmatan pengurusan jenazah Persekutuan, maka mereka tidak berhak menuntut sebarang habuan Pengurusan Jenazah dari Persekutuan:- Seperti dipersetujui sebulat suara oleh ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung Persekutuan pada tanggal 4hb November 2023.



Perlu diketahui bahawa seseorang ahli itu hanya berhak mendapat faedah kematian setelah menjadi ahli Persekutuan selama 3 bulan, sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan dan Undang-undang Persekutuan.

Skim Dermasiswa Telok Kurau.

Seseorang ahli itu berhak memohon dermasiswa untuk anak-anak mereka setelah menjadi ahli selama dua tahun. Jumlah wang bantuan dermasiswa akan ditentukan oleh ahli Jawatankuasa.

Zakat @ Persekutuan Kebajikan Islam Telok Kurau

Kami menjamin semua yang membayar zakat di Persekutuan Kebajikan Islam Telok Kurau, pengagihannya ke 7 asnaf (penerima) zakat seperti difirmankan Allah S.W.T

“Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang miskin, amil zakat, yang dilunakkan hatinya (mualaf), untuk (memerdekakan) hamba sahaya, untuk (membebaskan) orang yang berutang, untuk jalan Allah dan untuk orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai kewajiban dari Allah. Allah Maha Mengetahui, Mahabijaksana.”

Surah At-Thaubah, ayat 60.

Kursus @ Persekutuan Kebajikan Islam Telok Kurau

Sebagai ahli persekutuan, anda juga akan ditawarkan kursus-kursus pada harga diskaun yang hanya diberikan ekslusif kepada ahli sahaja. Kursus-kursus yang akan dianjurkan termasuk:

- Kursus Pengurusan Jenazah (Basic)
- Kursus Pengurusan Jenazah (Advanced)
- Kursus Peningkatan Kemahiran (Baru)

Dan lain-lain lagi. Semua kursus akan diwawarkan di lelaman Facebook kami dalam masa yang terdekat.

Ibadah Qurban @ Persekutuan Kebajikan Islam Telok Kurau

Anda juga akan mendapat tempahan terjamin untuk menunaikan Ibadah Qurban bersama kami dengan harga yang kami tawarkan kepada ahli sahaja.

Kebajikan @ Persekutuan Kebajikan Islam Telok Kurau

PTKS bukan sahaja membantu ahli, malah dalam rangka kami mengurus jenazah banyak yang kami lihat keluarga yang dalam kesusahan. PTKS mengambil langkah untuk membantu mereka dengan menjadikan mereka antara klien yang mendapat kan bantuan makanan bulanan dari pihak kami.

Cara Mendaftar

Untuk mempermudahkan permohonan mendaftar sebagai ahli, kami telah menyediakan dua cara untuk mendaftar iaitu:

Persekutuan Kebajikan Islam Telok Kurau, Singapura - Pengurusan Jenazah dan Khairat Kematian
ms_MYMalay