Pengumuman Rasmi:

  • Operasi Persekutuan telah kembali berjalan seperti biasa.
  • Waktu Operasi: Isnin–Jumaat: 10.00 pagi–4.00 petang | Sabtu: 10.00 pagi–4.00 petang. Ahad dan Cuti Umum: Tutup
  • Jawatankuasa pengurusan baharu telah didaftarkan secara rasmi dengan MCCY / Registry of Mutual Benefit Organisations (RMBO) selepas pilihan raya yang dijalankan menurut dan mematuhi Perintah Mahkamah Tinggi Republik Singapura dalam HC/OA 1161/2025 dan HC/OA 1241/2025.
  • 18 individu, termasuk “Ustaz Imran Khan”, telah diputuskan bukan pemimpin PTKS yang sah.
  • Persekutuan Kebajikan Islam Telok Kurau, Singapura kekal beroperasi di pejabat yang sama di Kembangan Plaza, #02-05.
  • PTKS tidak membuka atau menubuhkan mana-mana khairat baharu yang menggunakan nama “Telok Kurau” atau nama yang seumpamanya.
  • Persekutuan Kebajikan Islam Telok Kurau, Singapura kekal berdaftar sebagai Mutual Benefit Organisation (MBO) dan bukannya sebuah Society.
  • Pemungut yuran terdahulu tidak lagi berkhidmat dengan Persekutuan. Dua pemungut yuran baharu telah dilantik.

Sila berhati-hati sekiranya dihubungi oleh mana-mana individu yang mendakwa ingin mengutip yuran bagi pihak Persekutuan. Untuk sebarang pengesahan, sila WhatsApp talian rasmi PTKS di +65 8796 7144.

Mengenai Kami

Mengenai Kami

Mengenai Kami

Berdaftar dibawah Akta Mutual Benefit Organisation (MBO)  Bab 191 nombor Daftar, UEN: S61MB0049L

PERSEKUTUAN KEBAJIKAN ISLAM TELOK KURAU SINGAPURA yang dahulunya dikenali dengan nama  PERSEKUTUAN KHAIRAT KEMATIAN ORANG-ORANG ISLAM TELOK KURAU SINGAPURA, ditubuhkan pada tahun 1941 dan pada mulanya bertujuan untuk memberi khidmat dan bantuan khusus kepada kaum muslimin muslimat yang tinggal di kawasan Telok Kurau dan di daerah-daerah yang berdekatan sekiranya berlaku kematian dalam keluarga penduduk-penduduk daerah tersebut.

Sejarah Kami

Aktiviti Persekutuan ini  tergendala sebentar disebabkan berlakunya Perang Dunia Kedua, dimana  Singapura  dijajah oleh Tentera Imperial Jepun.

Mereka tidak menggalakkan pertubuhan- pertubuhan  beroperasi kerana dikhuatiri ianya akan menjadi dalang  untuk menentang pentadbiran Tentera Imperial Jepun pada masa itu.

Setelah Perang Dunia Kedua tamat pada hujung tahun 1945, Tentera Imperial Jepun meninggalkan Singapura dan setelah Singapura diambil alih oleh pihak penjajah British pada tahun 1946, Persekutuan ini meneruskan akitiviti yang tergendala kerana Perang Dunia Kedua.

Kali ini Persekutuan membuka keahlian kepada semua kaum muslimin muslimat di seluruh Singapura.

Jumlah Pendaftaran Terkini

Hingga ke saat ini, sudah terdapat lebih dari 18,000 pendaftaran untuk menjadi ahli Persekutuan ini.  Persekutuan ini ditadbir oleh 17 orang anggota ahli Jawatankuasa yang dilantik dua tahun sekali di Mesyuarat   Agung Tahunan Persekutuan ini.

Constitution & Regulations

An organisation established on 26th January 1941 and duly registered on 26th July 1961 as S61MB0049L under the Mutual Benefit Organisations Act 1960 and regulated thereunder.

Persekutuan Kebajikan Islam Telok Kurau, Singapura - Pengurusan Jenazah dan Khairat Kematian